Delegasi SM-WEZ yang diketuai oleh Jurutera, Encik Nik Muhammad Izzat bin Azhar telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kuala Nerus, Terengganu pada 12 Jun 2025. Turut hadir ialah Encik Khairul Nizam bin Khalid Mirza, Naib Presiden Strategi Korporat dan Perancangan Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc); Encik Mohd Firdaus bin Abd Rahman, Naib Presiden Strategi Korporat dan Perancangan Kumpulan (Teknikal) Terengganu Inc; Cik Zaidhuha binti Omar, Naib Presiden Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc; wakil-wakil daripada pihak konsultan, barisan pengurusan dan pasukan projek GPQ. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada kunjungan rasmi pihak SM-WEZ ke Terengganu Inc. Ia turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan serta memperkukuh pemahaman terhadap peranan Terengganu Inc sebagai syarikat pemegang pelaburan strategik milik penuh Kerajaan Negeri Terengganu, khususnya dalam menerajui aktiviti komersial, pembangunan sosio-ekonomi dan pemerkasaan pelaburan asing serta domestik. Sepanjang lawatan, taklimat ringkas mengenai projek telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulkifli bin Yusof, Ketua Bahagian Projek GPQ. Taklimat tersebut merangkumi perkembangan semasa projek, cabaran teknikal yang dihadapi serta pendekatan strategik yang diambil oleh GPQ bagi memastikan kelestarian pantai dan keselamatan komuniti setempat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada delegasi SM-WEZ atas kesudian mengadakan lawatan ini. Diharapkan lawatan ini dapat membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh pembangunan mampan serta memperluas potensi pelaburan di Negeri Terengganu.
GPQ serta anak syarikat Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu dan GPQ WM Premix telah menganjurkan Program Ibadah Korban sempena Aidiladha pada 10 Jun 2025 bersamaan 13 Zulhijjah 1446H bertempat di Perkarangan Wisma GPQ, Chendering, Kuala Terengganu. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., YB LSr. Haji Zaharuddin bin Zahid, Pengerusi Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd., Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan seluruh warga kerja Kumpulan GPQ. Sebahagian daripada daging korban turut diagihkan kepada komuniti setempat termasuk keluarga yang memerlukan serta Kompleks Tahfiz dan Anak Yatim di sekitar Chendering, sebagai manifestasi keprihatinan sosial dan usaha berterusan GPQ dalam menyantuni masyarakat. Program ini bukan sekadar ibadah tahunan, malah menjadi platform memperkukuh nilai-nilai kemanusiaan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga GPQ. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ibadah korban dan amal kebajikan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan kepada semua.
Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Pengawalan Hakisan Pantai, Kuala Nerus, Terengganu pada 24 Mei 2025. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa projek dan mengenal pasti cabaran serta isu-isu utama yang dihadapi di peringkat pelaksanaan. Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu; YB Ustaz Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Ahli Parlimen Setiu; YBrs. Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS; YBrs. Ir. Ts. Gs. Osman bin Abdullah, Pengarah JPS Negeri Terengganu; YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Latif, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu; Tuan Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif GPQ Sdn. Bhd.; pegawai-pegawai daripada PETRA, Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu (UPPPT), JPS Negeri Terengganu, JPS Kuala Nerus, Konsultan projek, barisan pengurusan dan pasukan projek GPQ. Sebagai kontraktor utama, GPQ bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penambakan pasir (beach nourishment) sepanjang 2 km serta pembinaan 16 struktur pemecah ombak dari Pantai Mengabang Telipot hingga ke Pantai Batu Rakit. Sehingga kini, kemajuan fizikal projek telah mencapai 24.5% dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2027. GPQ kekal komited untuk memastikan segala aspek teknikal, keselamatan, dan kelestarian alam sekitar dititikberatkan dalam setiap fasa pelaksanaan, selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam melindungi garis pantai dan menjamin kesejahteraan komuniti di pesisir pantai Kuala Nerus.
Lawatan Rasmi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. ke Pejabat Satelit GPQ Sdn. Bhd. GPQ Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan rasmi YBhg. Dato’ Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. ke Pejabat Satelit GPQ di Presint 14, Putrajaya pada 7 Mei 2025. Ketibaan beliau telah disambut oleh Tuan Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif GPQ Sdn. Bhd. Lawatan ini merupakan manifestasi komitmen bersama dalam menjayakan Projek Pembangunan Masjid Kariah “Quran Village” (Fasa 1), sebuah inisiatif berimpak tinggi yang menggabungkan elemen spiritual, komuniti dan reka bentuk moden. Sepanjang lawatan, taklimat mengenai lukisan perspektif dan kemajuan projek telah disampaikan oleh Tuan Haji Ar. Nik Arshad bin Nik Mohamed, Pengarah Kumpulan Senireka Sdn. Bhd., serta Tuan Haji Mohd Rizaini bin Ghazali, Ketua Pegawai Operasi GPQ Sdn. Bhd. Turut hadir ialah barisan pengurusan GPQ serta wakil-wakil daripada Kumpulan Senireka Sdn. Bhd., ARH Jurukur Bahan Sdn. Bhd., Perunding ZAB Sdn. Bhd., ZAR Associate Sdn. Bhd., Perunding HAZ Sdn. Bhd., SKA Landscape Architect Sdn. Bhd., dan pasukan projek GPQ. Sebagai kontraktor utama, GPQ komited memastikan pelaksanaan projek ini berjalan lancar mengikut perancangan dan menepati piawaian yang ditetapkan. Lawatan ini turut menzahirkan sokongan padu semua pihak berkepentingan dalam menjayakan projek ini demi manfaat jangka panjang kepada masyarakat setempat.
Syawal Dirai, Ukhwah Dieratkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan GPQ telah berlangsung dengan penuh meriah pada 23 April 2025 bertempat di VillaPadu, Kg. Serada, Kuala Terengganu. Majlis turut diserikan dengan kehadiran, YB Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YBM Dato’ Seri Tengku Bijaya Raja, YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi GPQ Sdn. Bhd., YB Sr. Haji Zaharuddin bin Zahid, Pengerusi Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd., Encik Badrol Hisham bin Mohamed@Shafie, Pengerusi GPQ WM Premix Sdn. Bhd., YB Dato' Dr. Haji Alias bin Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Ustaz Sulaiman bin Sulong, ADUN Pengkalan Berangan, Tuan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Ahli Lembaga Pengarah GPQ dan anak syarikat. Turut hadir pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Terengganu, ahli-ahli korporat, tokoh perbankan, rakan-rakan strategik serta ahli perniagaan dari dalam dan luar Terengganu. Lebih 1000 tetamu hadir memeriahkan majlis yang diserikan dengan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni sambil disajikan dengan menu lauk kampung, kuih tradisional, dan pelbagai menu yang menarik menjadikan malam Syawal ini penuh makna dan kemeriahan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja Kumpulan GPQ atas komitmen dan usaha yang cemerlang, serta kepada para tetamu jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak kami sepanjang majlis berlangsung. Semoga majlis yang diadakan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, memperkukuh jaringan kerjasama, dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Anak-Anak Kakitangan GPQ Sdn. Bhd. dan Iftar Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf daripada kawasan Dun Tepoh, Kuala Nerus telah berlangsung dengan penuh meriah pada 20 Mac 2025 bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi GPQ, dan turut dihadiri oleh YB Sr. Haji Zaharudin Zahid, Pengerusi Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd., Encik Badrol Hisham bin Mohamed@Shafie, Pengerusi GPQ WM Premix Sdn. Bhd., Tuan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Encik Azizul bin Ab Hadi, Pengarah GPQ, Tuan Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif GPQ, serta barisan Pengurusan dan kakitangan Kumpulan GPQ. Pertandingan mewarna yang diadakan sebelum ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha GPQ untuk menggalakkan kreativiti dalam kalangan anak-anak kakitangan, di samping memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang kepada reka bentuk poster kalendar GPQ bagi tahun 2025. Karya yang dihasilkan bukan sahaja mencerminkan bakat mereka, tetapi juga menjadi sebahagian daripada identiti korporat GPQ yang meraikan nilai kekeluargaan dan kebersamaan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk meraikan sebahagian anak-anak yatim dan asnaf sebagai tanda keprihatinan serta sokongan kepada mereka. Diharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, sekaligus membawa kegembiraan dan keceriaan kepada mereka di musim perayaan ini. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Semoga keberkatan Ramadan ini membawa kebahagiaan kepada semua.
GPQ Sdn. Bhd. held its Town Hall Meeting 2025 and Launching of Terms and Conditions of Service (TACOS) Ceremony at Permai Hotel, Kuala Terengganu, on 20 March 2025. The programme was led by Tuan Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, Chief Executive Officer of GPQ Sdn. Bhd., and attended by all employees of GPQ Sdn. Bhd. and GPQ subsidiaries. The Town Hall Meeting 2025 with the theme #RisingHigher also featured presentations on the company's achievements, upcoming challenges, and innovative strategies to ensure GPQ continues to grow and remain competitive at the national level. With an impressive performance in 2024, GPQ is now ready to move forward toward even greater success! In addition, this event also witnessed the launching of new TACOS, an initiative aimed at strengthening understanding of company policies, increasing productivity, and creating a harmonious work environment. New TACOS is a proactive step by GPQ to enhance operational efficiency and ensure that every employee has a clearer understanding of their roles and responsibilities. The event was officiated by the Director of GPQ, Encik Azizul bin Ab Hadi, representing the Chairman of GPQ, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim. Also present at the event were YB Sr. Haji Zaharudin Zahid, Chairman of Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd.; Encik Badrol Hisham bin Mohamed@Shafie, Chairman of GPQ WM Premix Sdn. Bhd.; and Tuan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, President & Group Chief Executive Officer of Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. Thank you to all the employees who attended and contributed! Together, we can achieve more and create a brighter future for GPQ!
Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli ‘turun padang’ meninjau pelaksanaan projek Pengawalan Hakisan Pantai di sekitar pantai Kuala Nerus pada 13 Februari 2025. Keberangkatan tiba baginda diiringi Pengarah Unit Pembangunan Negeri Terengganu (UPEN), Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak ke lokasi dan disambut oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Ts. GS Osman bin Abdullah, Pegawai daerah Kuala Nerus, Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli dan Jurutera Awam Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Ir. Ts. Nazman bin Mohamad. Hadir sama menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif GPQ Sdn. Bhd., Tn. Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, barisan pengurusan dan pasukan projek GPQ.
GPQ Sdn. Bhd. bersama Pertubuhan Kebajikan Komuniti Dun Tepoh dan Mydin Mall Gong Badak telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu pelajar asnaf dan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan kembali ke sekolah sesi 2025. Program ini telah berlangsung pada 11 Februari 2025 di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus dan disempurnakan oleh YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, ADUN Tepoh merangkap Pengerusi GPQ. Turut hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Tuan Haji Mohd Rizaini bin Ghazali, Ketua Pegawai Operasi, bersama barisan pengurusan dan kakitangan GPQ. Seramai 100 orang pelajar daripada kawasan Dun Tepoh telah menerima manfaat daripada inisiatif ini. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan dan memberi motivasi kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kehidupan, sekaligus memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk kebaikan diri serta masyarakat.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd