TI QMix Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan GPQ yang dahulunya dikenali sebagai GPQ WM Premix Sdn. Bhd., telah mengadakan TI QMix Town Hall Meeting pada 15 Ogos 2025 bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Program ini merupakan penganjuran julung kali sejak penubuhan syarikat pada tahun 2010 dan menjadi platform penting untuk memberi gambaran menyeluruh kepada semua warga kerja berhubung penggabungan antara GPQ Kuari dan GPQ WM Premix Sdn. Bhd., yang kini beroperasi di bawah nama baharu iaitu TI QMix Sdn. Bhd. Objektif utama penganjuran program ni adalah untuk menjelaskan hala tuju syarikat selepas penggabungan bagi memastikan semua warga kerja memahami visi, misi dan sasaran strategik yang telah ditetapkan. Program ini turut memberi penerangan mengenai langkah-langkah strategik syarikat, pelaksanaan migrasi kakitangan, faedah pekerja, jaminan keselamatan kerjaya, peluang pembangunan kerjaya serta inisiatif kebajikan yang bakal dilaksanakan. Kehadiran YBrs. Encik Badrolhisham bin Mohamed@Shafie, Pengerusi TI QMix Sdn. Bhd.; YBrs. Tuan Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif GPQ Sdn. Bhd., bersama barisan pengurusan kanan GPQ menyerlahkan lagi komitmen kepimpinan dalam memperkukuh sinergi antara syarikat induk dan subsidiari. GPQ akan terus membimbing, memperkukuh serta memastikan setiap anak syarikat di bawah naungannya mencapai prestasi terbaik. Dengan semangat kerja berpasukan dan integriti yang tinggi, GPQ yakin bahawa TI QMix akan muncul sebagai anak syarikat yang unggul dan penyumbang utama kepada pertumbuhan Kumpulan.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd