GPQ Sdn. Bhd. bersama Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh telah mengadakan Program Ibadah Korban pada 19 Julai 2024 bersamaan 12 Zulhijjah 1445H bertempat di Surau Kg. Pak Tuyu, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu. Turut hadir memeriahkan program ini ialah YB Dato’ Dr. Alias bin Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi GPQ Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan kakitangan GPQ serta kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh. Berkat kerjasama semua yang hadir pada program tersebut, pembahagian daging korban kepada penduduk setempat dapat diagihkan dengan jayanya. Semoga ibadah korban dan amal kebajikan yang dilakukan atas dasar keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT diterima dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. #gpqsdnbhd #duntepoh #ibadahkorban1445h
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd