GPQ-LGBE JV telah meraih satu pencapaian luar biasa apabila mencatatkan 1,000,000 jam bekerja tanpa sebarang kemalangan atau kecederaan di Projek Menaiktaraf Jambatan Merentasi Sungai Marang, Terengganu. Majlis sambutan pencapaian ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Terengganu, Tn. Haji Ir. Noorazman bin Soud, pada 24 Oktober 2024, bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif GPQ, Tn. Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, Ketua Pegawai Operasi GPQ, Tn. Haji Mohd Rizaini bin Ghazali, Pegawai Penguasa JKR, Tn. Haji Ir. Mazlan bin Mustapha, Yang Di-Pertua Majlis Daerah Marang, Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@Abd. Latif, Pegawai Daerah Marang, Encik Zulkifly bin Isa, pegawai-pegawai daripada JKR, CIDB, BOMBA, Balai Polis Marang, Jabatan Agama Islam Marang serta wakil-wakil perunding, kontraktor dan sub-kontraktor. Pencapaian ini merupakan bukti komitmen dan usaha semua pihak yang terlibat dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada di tahap yang terbaik. Semoga pencapaian ini akan menjadi motivasi kepada semua untuk terus memperkukuhkan keselamatan di tempat kerja dan memastikan setiap projek yang dijalankan mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd