GPQ Sdn. Bhd. dan anak syarikat iaitu Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) bersama-sama turun menghulurkan bantuan bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor, Hulu Dungun, Terengganu yang terjejas akibat banjir pada 1 Februari 2024. Selain daripada aktiviti pembersihan, sumbangan berbentuk keperluan makanan harian juga telah diserahkan kepada YBhg. Encik Esham bin Busu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor untuk diagihkan kepada penduduk sekitar kawasan tersebut. Misi bantuan ini adalah merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dalam usaha untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir. Pihak syarikat berharap dengan sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pihak sekolah dan penduduk setempat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi ketabahan serta kekuatan kepada mangsa-mangsa banjir.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd