GPQ Sdn. Bhd. telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-44 (AGM) yang dipengerusikan oleh YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi GPQ pada 20 Jun 2024 bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Kesemua resolusi yang dibentangkan telah diluluskan oleh pemegang saham yang hadir. GPQ juga turut mengumumkan keputusan pencapaian kewangan syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. GPQ bersedia untuk fasa pertumbuhan seterusnya yang memberi tumpuan kepada pengembangan perniagaan dan telah merangka strategi bagi tahun-tahun seterusnya yang bertujuan untuk kekal relevan dan berkebolehan bagi mencipta nilai yang signifikan untuk pihak berkepentingan sekali gus memastikan faedah bersama dan kemakmuran jangka panjang. #gpqsdnbhd #kumpulangpq #AGM
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd