Majlis Pelancaran Rumah Contoh Taman Koperat Impian telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Ogos 2024 bertempat di Alor Lintah, Besut, Terengganu. Majlis ini dirasmikan oleh YB Sr. Haji Zaharuddin bin Zahid, Pengerusi Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT). Turut Hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif GPQ Sdn. Bhd. iaitu Encik Mohd Zulkifli bin Yusof, Ketua Bahagian Projek, Puan Nur Hazirah binti Zulkifli, Pegawai Komunikasi Korporat dan pasukan projek GPQ. Projek pembinaan yang dilaksanakan melibatkan pembangunan sebanyak 96 unit rumah teres satu tingkat, dengan setiap unit mempunyai keluasan 1036 kaki persegi. Rumah-rumah ini ditawarkan pada harga permulaan yang berpatutan, iaitu serendah RM220,000 seunit. Tambahan pula, sebagai insentif kepada pembeli, baucar yuran guaman bernilai RM5,000 turut diberikan bagi setiap pembelian yang dibuat sebelum atau pada 31 Ogos 2024. KOPERAT, salah satu anak syarikat GPQ yang diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Terengganu, memainkan peranan penting dalam merangka dan melaksanakan strategi untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyat di negeri ini tanpa mengira tahap pendapatan sama ada rendah, sederhana, mahupun tinggi. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan menyumbang dalam menjayakan acara berprestij ini.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd