Majlis Iftar GPQ Group 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 3 Mac 2026 bertempat di Permai Hotel Kuala Terengganu. Majlis ini dianjurkan oleh GPQ Sdn. Bhd. bersama anak-anak syarikatnya iaitu Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) dan TI QMix Sdn. Bhd. sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam berkongsi rezeki serta menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Majlis ini turut meraikan seramai 200 orang anak-anak asnaf dari kawasan DUN Tepoh, DUN Bukit Tunggal serta Parlimen Kuala Terengganu. Pada majlis ini juga, sumbangan duit raya telah disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan usaha untuk menggembirakan anak-anak yang diraikan menjelang sambutan Aidilfitri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Ustaz Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi GPQ Sdn. Bhd.; YB LSr. Haji Zaharudin bin Zahid, Pengerusi KOPERAT Sdn. Bhd.; YBrs. Encik Badrolhisham bin Mohamed@Shafie, Pengerusi TI QMix Sdn. Bhd.; YBhg. Dato' Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.; wakil-wakil daripada Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.; Pengarah-Pengarah serta barisan Pengurusan dan kakitangan Kumpulan GPQ. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta membawa kegembiraan kepada anak-anak yang diraikan, di samping menyemai semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga Kumpulan GPQ. Diharapkan agar Kumpulan GPQ terus maju, diberkati dan sentiasa komited dalam menyumbang kepada masyarakat.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd