GPQ Sdn. Bhd. berbesar hati menerima lawatan daripada YB LSr. Haji Zaharuddin bin Zahid, ADUN Bukit Tunggal ke tapak Projek Perumahan Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh, Kuala Nerus, Terengganu pada 14 Ogos 2025. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan terkini kerja-kerja pembinaan, memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan, serta membincangkan sebarang isu atau cabaran yang dihadapi di tapak projek. Turut hadir ialah YM Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Ibrahim, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan); YBrs. Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif GPQ; YBrs. Encik Khalizan bin Mahmud, Pengurus Besar Pengurusan Teknikal PMINT; pegawai-pegawai daripada SUK Perumahan Negeri Terengganu, barisan Pengurusan serta pasukan projek GPQ. Sebagai kontraktor utama, GPQ berpegang teguh pada komitmen untuk memastikan setiap fasa pembinaan berjalan lancar, menepati jadual, dan mencapai standard kualiti yang cemerlang. GPQ sentiasa memantau rapi kemajuan projek ini demi memenuhi harapan semua pihak berkepentingan, khususnya bakal penghuni rumah yang dinanti-nantikan.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd