GPQ Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan rasmi oleh delegasi Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz bin Abdul Khalek, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek PPJ ke Projek Menaiktaraf Jambatan Merentasi Sungai Marang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus, Terengganu pada 7 Ogos 2025. Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan meninjau pelaksanaan projek-projek yang dikendalikan oleh GPQ, malah menjadi platform strategik untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara GPQ dan PPJ. Pertemuan ini juga membolehkan pihak delegasi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kemajuan, inovasi, serta standard kualiti yang diterapkan dalam setiap projek. Lawatan dimulakan dengan taklimat keselamatan, diikuti pembentangan projek, tinjauan ke Pier No.6 di Sungai Marang, serta lawatan ke Breakwater No. 2 dan No. 5 di Kuala Nerus, sebelum diakhiri dengan sesi santai bersama. Sebagai kontraktor yang turut melaksanakan projek Pembangunan "Quran Village" (Fasa 1), Presint 14, Putrajaya, di mana PPJ adalah merupakan klien utama, GPQ menzahirkan komitmen untuk memberikan hasil kerja yang menepati spesifikasi, jadual pelaksanaan, dan keperluan keselamatan. Kepercayaan yang diberikan oleh PPJ merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran GPQ dalam mengurus projek berimpak tinggi, sekaligus memperkukuh reputasi GPQ sebagai rakan strategik yang berintegriti dan berprestasi tinggi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada delegasi PPJ atas kesudian mengadakan lawatan ini. GPQ yakin bahawa perkongsian pengalaman, pengetahuan, dan kepakaran antara GPQ dan PPJ akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek yang lebih inovatif, berdaya tahan dan mampan.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd