GPQ Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Tuan Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif GPQ telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Ir. Ts. Osman bin Abdullah, Pengarah JPS Negeri Terengganu di Wisma Negeri, Kuala Terengganu. Kunjungan ini adalah sebagai sesi suai kenal selain taklimat berkenaan perancangan dan juga perkembangan terkini GPQ dan anak-anak syarikat. Turut sama iaitu Tuan Haji Mohd Rizaini bin Ghazali, Ketua Pegawai Operasi GPQ, Encik Mohd Zulkifli bin Yusof, Ketua Bahagian Projek GPQ, YBrs. Encik Mohd Kamaruzaini bin Ismail, Timbalan Pengarah Pembangunan JPS dan Encik Engku Muhammad Azlan bin Che Engku Husin, Penolong Pengarah Kanan Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Terengganu (UPPPT) JPS.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd