GPQ Sdn. Bhd. dengan penuh rasa bangga buat julung kalinya tampil sebagai penaja dalam kejohanan berprestij, Tour Gateh D’Tranung 2024 edisi ketiga. Inisiatif ini melambangkan komitmen kami dalam menyokong perkembangan sukan berbasikal tanah air. Gimik penyerahan tajaan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif GPQ, Tn. Haji Noor Mohd Suhaimie bin Ismail kepada YB Ustaz Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, yang mewakili YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dengan disaksikan oleh Encik Ahmad Shahrizal bin Yahaya, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di dalam Majlis Perasmian dan Memperkenalkan Penaja dan Pasukan Tour Gateh D'Tranung 2024 di Wisma Darul Iman pada 23 Oktober 2024. Edisi kali ini amat dinanti-nantikan dengan penyertaan 25 pasukan hebat yang terdiri daripada 15 kelab tempatan termasuk pasukan bertaraf benua, Terengganu Cycling Team (TSG), serta 10 pasukan elit antarabangsa dari Australia, China, Eropah, Indonesia, Belanda, Filipina, Singapura dan Thailand. Para peserta akan berentap dalam lima kategori utama bagi merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai sejumlah RM100,000. Kejohanan ini bakal menyaksikan kayuhan sengit meliputi lima peringkat di daerah Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, dan penamat di Terengganu Drawbridge dalam perlumbaan criterium, dengan jarak keseluruhan 671.3 kilometer.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd