Hotel Permai, Kuala Terengganu telah menjadi saksi kepada kehebatan seni kulinari tradisional dalam Cabaran Sajian Warisan Merdeka anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Terengganu Inc. ("TISAW") pada 15 Ogos 2024. Program ini telah mempertemukan semua wakil-wakil anak syarikat di bawah Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. termasuk wakil daripada GPQ Sdn. Bhd. yang tidak gentar untuk bersaing dalam menghidangkan sajian istimewa iaitu Rendang Daging dan pencuci mulut yang berasaskan ubi kayu. Tahniah diucapkan kepada wakil Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) yang berjaya meraih tempat pertama dan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam pertandingan ini. Terima kasih juga kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Terengganu Inc. ("TISAW") selaku penganjur serta para penaja yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan kecintaan kita terhadap sajian tradisi yang penuh nilai sejarah dan cita rasa.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd