Pada 7 Mac 2024, GPQ Sdn. Bhd. bersama-sama dengan Bahagian Pengurusan Projek Perbadanan Putrajaya telah mengadakan Bengkel Interaksi Perancangan Kerja (CPM) dan Rekabentuk bagi Projek Cadangan Pembangunan (Reka dan Bina) "Quran Village" (Fasa 1) Yang Mengandungi Masjid Kariah dan Kerja-kerja Yang Berkaitan Di Atas Sebahagian PT9112, Presint 14, Putrajaya. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Naib Presiden Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaran, YBhg. Ir. Haji Marzuki bin Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek, YBhg. Haji Jalani bin Abdullah, pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya dari Bahagian Pengurusan Projek, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan dan Bahagian Kawalan Perancangan dan Pembangunan serta wakil-wakil daripada GPQ Sdn. Bhd. dan perunding yang terlibat iaitu ARH Jurukur Bahan Sdn. Bhd., Kumpulan Senireka Sdn. Bhd., ZAR Associates Sdn. Bhd., Perunding HAZ Sdn. Bhd., SKA Landscape Architects dan Rekarancang Sdn. Bhd.
Copyright 2023. All rights reserved.
Powered by Husa Network Sdn Bhd